Followers

Friday, April 25, 2014

Hijrah..

Assalammualaikum.

Semasa sedang menulis entri ini, hati terdetik, bilakah masa yg sesuai untuk berhijrah. Masanya adalah sekarang..!!
Masa semakin pantas.
Telah banyak tanda-tanda kecil.
Diri ini penuh dgn dosa yg sengaja dibuat mahupun yg tidak disengajakan.

Malu dengan diri. Lebih lagi bila sudah punya suami & anak.
Ah..!! perlu berubah sekarang.
Tapi bagaimana caranya. 
Berubah perlukan masa untuk menyesuaikan diri.
Berubah perlahan-lahan.
Perlu istiqamah dengan cara pemakaian..pertuturan...adab..

Berhijrah perlukan hati yg sangat cekal, kental dan berpendirian.
Bukan hijrah sekejap-sekejap.
Bukan sekadar pemakaian, perlu ada ilmu untuk diamalkan.


Bagi Lya, pertama yg perlu diambil perhatian adalah SOLAT kita.
Sebelum ni, sembahyang tak diawal waktu, ambil mudah utk bersolat.
Sekarang, kena tegas bila masuk waktu trus solat. itu wajib..!! 
[peringatan buat diri sendiri..]

AURAT.
Selepas bersalin, pemakaian sedikit berubah. 
Masih berseluar jeans.Longgar.
Lepas ni nak try pkai skirt labuh / palazo.
Baju longgar,bawah punggung, tudung dah tutup dada.

Ade mase, terbabas juga.
Bila dirumah, nak g angkat baju, buang sampah, rambut masih tak tutup.
Aurat dah ternampak dah tu.Yang itu perlu saya ubah.
Dari xbrtutup kepada sentiasa bertutup bila keluar even depan rumah.

Yang belum Lya terapkan stokin dan handsock.
Sedikit demi sedikit mungkin. 
Kalau dlm masa singkat segalanya berubah, takut hanya sementara.


# Berharap agar terus berubah dan sentiasa istiqamah untuk diri & keluaga kecil kami. Aminn.

1 comment:

  1. Assalamualaikum lya...insyaAllah kita berhijrah kepada yg lebih baik sedikit2 lama jadi gunung...;D

    salam kenal...;)

    http://cenetos.blogspot.com

    ReplyDelete