Followers

Showing posts with label activities. Show all posts
Showing posts with label activities. Show all posts

Friday, March 28, 2014

Share link.

Assalam semua.

Sihat?
Lately busy sgt dgn birthday Hudamani + kenduri kawen cousin.
Tak sempat sngat nk update project terkini. Insyallah dlm masa terdekat ni.
Sabtu ahad jela masa yg ade utk mengemas + do some project. tp bile dah termissed 1 hari jwbnye mmg pending jela segala kerja.
Rasenya kalau lya postkan gmbr rumah Lya skrg mmg semua terkejut kot.sgt xde hale tuju.
Dgn Hudamani sepah sane sini lg. So esok, adalah masa yg paling sesuai utk home cleaning + organizing projects. yahoooo..!!~

Lya nk share something yg slalu Lya tgk kt youtube.

 youtube - clean my space

korang tgk ea nnti.mybe ade yg dah tahu and ade gk yg xtau kot.so same2 lah kite share kan.hihi.

ok la, nanti crite lg. Salam Jumaat.
daaa..

Wednesday, September 18, 2013

Masih berbaki

Assalam & hi,

Apa yg berbaki tu..hihi meh nk cerita.
Bulan lepas adalah bulan kita beraya. 
Makanya, sebulan sblm raya adalah projek mencantikkan rumah.~!
Apa yg pasti wishlist yg sebelum2 ni di tepek disini ada yg 'diriject' oleh Zul dan ada juga terlaksana.
cumanya.....berbaki :(
Langsir rumah..isyh. hanya sempat jahit sliding door dan pintu bilik sahaja.
Dalam bilik, day curtain sume xde kesempatan..
Sedih seyy tp nk buat lagu mana, ade anak dara skrg ni byk sgt projek yg di pending dr yg terlaksana.

Zul dah jeling2 kat lebihan kain yg dah dipotong.
Dan setiap kali cuti, sehelai demi sehelailah kain dpt sy jahit.almaklum xde mesin jahit tepi, buat la slow2 kan..
Tapi tu pon xhabis sbb anak dara sgtlah busy membuatkan mamanye ni stress.waduh!!!~
Dari stress kan, lebih baiklah kuar dr 'studio' dan kebilik sejuk utk melelapkan mata. 
tak pe, tgu anak tido..dan akhirnya mama die skali lajak tido.
so kisah projek rumah tergendala lagi.maap & ampun.

Tapi nk bgtau ni, lepas raya ritu dptlah rumah kecikku tu berwarna sikit.
Zul cat warna pink.hehe..tu pon ade sbb.
Dinding di tempat mkn tu dah kembang. so mmg xcntiklah kan kalo org dtg.
3 ke 4 hari sblm kitorang nk buat makan2 hari raya baru dpt cat.
Kesian kan, org lain buat sebelum raya, ni masa raya gk bru nk mengecat. Jadilah, dr xde kan.

celoteh kali ni xde gambar.sbb mls sgt nk snap ape yg patut kt umah tu..
bebile senang kite upload yer.

ok lah, ni bkn rabu tanpa kata, ni rabu banyak kata..bye..

Friday, June 14, 2013

#Update terkini

Assalam & hi..

Salam Jumaat kalian,
Maaf sbb xde cerita menarik nak dishare disini..
Hanya mampu terjah blog kalian semua tanpa meninggalkan komen..
Maaf skali lg..
Best dan meriah blog kalian dgn cerita ttg rumah...
Saya.....

Saya skrg blm ade projek utk rumah.[bkn xde tp blm ade mood]
ni dah nak puase, haruslah plan mcm2 kan.
ade gak plan 2 3 projek sempena nk beraye ni..
almaklumlah Zul hadiahkan mesin jahit...suke giler..

So cadang2 langsir tahun ni mungkin bertukar..
Thanx to mil sbb masa kami pindah rumah, mil sponsor langsir lebih kt umahnye..
ala yg warne merah tu...1 rumah tu.

So ape warna yg menarik yer utk langsir tahun ni...skrg tgh in warna ape ek..
Ade sape leh tolong suggestkan..
2 3 warna dah ade dlm kepala, cume masih blm tau lg..
Ala langsir jahit lurus je pon jadilah, asalkan bertukar ye dak..?!~

Tu yg lama x bertandang di sini..dok sibuk diy menjahit..hikhik..
Ilmu xde lah byk tp boleh ler..

Cer share ttg langsir thn ni..nak tau boleh..

#sampai jumpe lg..

Wednesday, May 8, 2013

thedailyroutine : step #2 ruang tamu

Assalam & hi,

Lama rasanya tak update di sini. 
Maaf, terlalu sibuk dgn kerja & aktiviti harian yg sangat padat.

Da masuk minggu ke2 di bulan Mei.
Terima kasih pada blogger Kak Fiza [Susunatur Sioca] & Kak Lynd [Hidupku Rumahku Terurus] yg sangat menyokong blog xseberapa ni.
Alhamdulillah..

Baiklah, tanpa membuang masa, apakata saya tunjukkan pula ruang tamu saya yg xlah lawo sgt ni.
Ruang tamu saya sgt simple dan kecil.
Masih kurang deko-deko tp dimata saya cukuplah utk waktu ini.

Ruang tamu haruslah kemas dan bersih supaya kami dpt duduk tgk tv dlm keadaan aman.hihi.
Kadang2 bersepah juga dgn mainan Hudamani. Yang penting, sudah main zasss mama kemas.

Dua tahun kami tinggal disini masih blm ramai tetamu melainkan bila ada kenduri & majlis2 kecil.
Tapi saya tetap siap sedia mana tahu ada tetamu yg suke dok terjah2 :)

Bukanlah sukar utk mengemas ruang yg kecil ini. Tetapi disebabkan rumah kami yg 'senang' sgt ade habuk ni membuatkan kadang-kadang penat juga nak mengemas.

Hanya gambar dibawah ni yg sempat sy snap. [bukanlah pro bab snap gmbr ni]

Sebelum :

Actually, byk kali saya ubah kedudukan sofa.
Suka kedudukan sofa waktu ni, tp disebabkan saya jenis yg cepat bosan dengan kedudukan yg sama.






Tv kotak saja. Dari rumah mama. masih baik & besar juga. 
Belum terfikir nak tukar pd yg nipis.



View dari dapur. 
Sebelum ni kedudukan sofa adalah L, sekarang
*
*
*
Selepas :



Nampak luas tp cm xberapa nak cun la.
Sofa kecik tu Hudamani punye. Jangan sapa duduk, marah uih..




Jeng..jeng..jeng...
Ape yg bezanya dari gmbr sebelum...cer teka..
Meja almari dah bertukar..
Ni pon lama punye survey..ada cerita disebalik ini..
Nampak macam kosongkan.




Maaf gambar xbrape jelas.
Bila dah jadi isteri dan ibu, minat makin mendalam pada bunga.
Waktu anak dara dlu xde plak suka ni sume.
Tapi daku bukanlah seorang penggubah bunga yg pro.
Sekadar sedap mata memandang sahaja.
Bunga orked tu lama saya 'usha' tapi rasa mhl plak sebatang.
Skali ada sale kt tesco, tag kuning, jatuh 1 enam posen. Apalagi...


Ni sebelah tv. hihi.
ni la nama rumah kami..
Amylieya's residence order di creative by two.
suka x..
Disebabkan permukaan ini putih, perlu dititikberatkan ttg habuk.
Kena sentiasa lap.




Dibahagian ni, saya perlu pastikan sentiasa bersih dari sebarang bende 'asing'.
Kunci perlu digantung ditempatnya.

Selepas sibuk mengemas didapur, saya akan ke sini pula untuk pastikan tiada sebarang smpah kecil atau mainan Hudamani yg tercicir.
Selalunya saya buat sebelum nak pergi kerja.
Bila balik kerja, dgn keadaan penat, buka saja pintu...
Hilang penat tgk rumah dlm keadaan bersih..

Setiap sabtu, saya akan jemur tikar buluh tu dan vacuum serta mop.
Mop selalunye seminggu sekali.

Kamu pula mcm mana ye?

#bila pula lah saya nak 
share utk step seterusnya...

Thursday, May 2, 2013

thedailyroutine : step #1 kitchen

Assalam & hi semua,

Seperti yg dikatakan, Mei ini saya nak kongsi tentang rutin harian saya.
Agak kelakarkan? Tapi saya nak share juga disini. Lebih kurang kitchen tour gak lah.
Cara saya untuk kekalkan kebersihan dan kekemasan bermula di dapur.
Inilah dapur saya. Sangat simple & budget.
Alhamdulillah masuk saja rumah ini, kami buat kabinet ini dlu.tanpa pintu.:) kak Fiza, ni lah dapur saya



Setiap pagi, aktiviti saya bermula disini. Jadi untuk step pertama ni saya pilih dapur.
Setiap malam sebelum tidur, saya akan pastikan 15min habis disini. 
Saya akan bersihkan dapur, dinding dibelakang dapur dan juga keseluruhan atas permukaan kabinet ini. 
Rumah saya sgt sensitif. Banyak sgt semut.Kalau tidak dilap, confirm esok pg semut buat penempatannya.



See, warna kabinet saya. hihi. Agak sukar nk pastikan kekotorankan. Suka.
Saya akan gunakan serai wangi utk lap kawasan ini. Selesai masalah.



Pintu kabinet ni kami akan pasang bila cukup budget. Nanti saya kongsi apa yg ada didalamnya. 




Almari kiri tu, pantry kecilku. Ni versi budget ciput punye.






Sink, saya akan pastikan sentiasa kosong selepas pinggan mangkuk kering. 
Serabut bila tgk bnyk brg.


Ruang makan pula, kecil tp selesa buat kami.
Kawasan ini juga saya akan clearkan sebelum saya tidur.
Lebihan makanan saya simpan dlm peti sejuk. tp selalunya jarang simpan sbb masak ngam-ngam utk siang & malam.


Ni antara ruang kegemaran suami. 
Bila dah beres segalanya, ni lah tempat kami berehat selain dr ruang tamu.
Hihi sgt simple, janji dapurku kemas, bersih serta tersusun rapi..

Kebanyakkan barangan di dapur ini saya recycle dr rumah mama saya.
Bila dah berkeluarga, saya menjadi org yg kreatif. Yg bagaimanakah itu,?
Yelah, byk brg yg tercabut pintu, kaki dah senget. tp dpt kat saya, saya betulkan semula dan cat.

Hihi, malu sbnarnya. tapi saya postkan juga dlm blog ni utk saya simpan dan bila ade perubahan boleh saya refer di sini.

Oklah, sampai jumpa lg. utk step #2 pula. 

bye.


Tuesday, April 30, 2013

The Daily Routine Activities

Assalam & hi,



Esok Mei..!!~
Jadinya saya ingin kongsikan bersama anda bagaimana cara saya mengekalkan kebersihan, kekemasan susunatur dirumah.
Aktiviti ini akan kekal sepanjang bulan Mei.
Setiap minggu saya akan update disini utk setiap step yg saya kongsikan.
Harap bermanfaat juga untuk semua.


till then~