Followers

Showing posts with label Rumahkecilku. Show all posts
Showing posts with label Rumahkecilku. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

thedailyroutine : step #2 ruang tamu

Assalam & hi,

Lama rasanya tak update di sini. 
Maaf, terlalu sibuk dgn kerja & aktiviti harian yg sangat padat.

Da masuk minggu ke2 di bulan Mei.
Terima kasih pada blogger Kak Fiza [Susunatur Sioca] & Kak Lynd [Hidupku Rumahku Terurus] yg sangat menyokong blog xseberapa ni.
Alhamdulillah..

Baiklah, tanpa membuang masa, apakata saya tunjukkan pula ruang tamu saya yg xlah lawo sgt ni.
Ruang tamu saya sgt simple dan kecil.
Masih kurang deko-deko tp dimata saya cukuplah utk waktu ini.

Ruang tamu haruslah kemas dan bersih supaya kami dpt duduk tgk tv dlm keadaan aman.hihi.
Kadang2 bersepah juga dgn mainan Hudamani. Yang penting, sudah main zasss mama kemas.

Dua tahun kami tinggal disini masih blm ramai tetamu melainkan bila ada kenduri & majlis2 kecil.
Tapi saya tetap siap sedia mana tahu ada tetamu yg suke dok terjah2 :)

Bukanlah sukar utk mengemas ruang yg kecil ini. Tetapi disebabkan rumah kami yg 'senang' sgt ade habuk ni membuatkan kadang-kadang penat juga nak mengemas.

Hanya gambar dibawah ni yg sempat sy snap. [bukanlah pro bab snap gmbr ni]

Sebelum :

Actually, byk kali saya ubah kedudukan sofa.
Suka kedudukan sofa waktu ni, tp disebabkan saya jenis yg cepat bosan dengan kedudukan yg sama.






Tv kotak saja. Dari rumah mama. masih baik & besar juga. 
Belum terfikir nak tukar pd yg nipis.



View dari dapur. 
Sebelum ni kedudukan sofa adalah L, sekarang
*
*
*
Selepas :



Nampak luas tp cm xberapa nak cun la.
Sofa kecik tu Hudamani punye. Jangan sapa duduk, marah uih..




Jeng..jeng..jeng...
Ape yg bezanya dari gmbr sebelum...cer teka..
Meja almari dah bertukar..
Ni pon lama punye survey..ada cerita disebalik ini..
Nampak macam kosongkan.




Maaf gambar xbrape jelas.
Bila dah jadi isteri dan ibu, minat makin mendalam pada bunga.
Waktu anak dara dlu xde plak suka ni sume.
Tapi daku bukanlah seorang penggubah bunga yg pro.
Sekadar sedap mata memandang sahaja.
Bunga orked tu lama saya 'usha' tapi rasa mhl plak sebatang.
Skali ada sale kt tesco, tag kuning, jatuh 1 enam posen. Apalagi...


Ni sebelah tv. hihi.
ni la nama rumah kami..
Amylieya's residence order di creative by two.
suka x..
Disebabkan permukaan ini putih, perlu dititikberatkan ttg habuk.
Kena sentiasa lap.




Dibahagian ni, saya perlu pastikan sentiasa bersih dari sebarang bende 'asing'.
Kunci perlu digantung ditempatnya.

Selepas sibuk mengemas didapur, saya akan ke sini pula untuk pastikan tiada sebarang smpah kecil atau mainan Hudamani yg tercicir.
Selalunya saya buat sebelum nak pergi kerja.
Bila balik kerja, dgn keadaan penat, buka saja pintu...
Hilang penat tgk rumah dlm keadaan bersih..

Setiap sabtu, saya akan jemur tikar buluh tu dan vacuum serta mop.
Mop selalunye seminggu sekali.

Kamu pula mcm mana ye?

#bila pula lah saya nak 
share utk step seterusnya...

Thursday, April 25, 2013

Permulaan ini..

Assalam & hi,

Saya Lydia. 
Erm....blog ini terhasil dari hasil pencarian saya tentang home organizing, cleaning & diy.
Suka akan kekemasan & menitik berat soal kebersihan.
Walaupun xlah se'pro' mereka2 yg arif bab-bab organizing ini, tp saya ingin share juga bersama semua tentang cara saya bersusunatur dirumah..

Blog ini juga terhasil untuk saya catit segala aktiviti yg berlaku dirumah.. 
Bukan mahu menunjuk atau sebaliknya. Hanya mahu berkongsi sahaja.
Rumah saya sgt simple, almaklumlah kami dr keluarga sederhana.
Cukup ada tempat utk berteduh..
Suka blogwalking blogger2 yg rumah mereka super dooper WOW..!! [hanya mampu berangan dihati shj]

Oklah, sedikit info tentang ItuRumahKecilku...
Rumah kecil itu, rumah teres 4bilik.
Baru sahaja menetap kira-kira setahun yg lalu..
Masih byk lagi yg kami belum miliki hanya mampu masuk dlm wishlist shj[gigih mengumpul duit]

Barangan rumah kami simple-simple aje.
Cukup sekadar mampu milik & selesa.
Hiasan juga biasa-biasa.hihi
Ada juga barangan kami yg saya recycle dari rumah mama saya[brg masih elok, kalau buang sgtlah sayang]
Mana yg saya fikirkan masih elok, saya gunakan. kalau tunggu brg yg kami impikan, alamatnya xpakai langsung lah kan :)

Mungkin cukup-cukuplah setakat ini sebagai permulaan. 
Agak bosan entry ini sbb tiada gambar.. next story sy cuba selitkan ya..

sampai jumpa lg..bye :)