Followers

Showing posts with label daily routine. Show all posts
Showing posts with label daily routine. Show all posts

Wednesday, March 5, 2014

Bila kerja rumah tergendala

Assalammualaikum..

Pernah rasa macam ni.?
Saya slalu rase.hehe.
Penat rasenye nk mengemas rumah. Lagi2 dalam keadaan keletihan bekerja.
Selalunye masa mengemas hanyalah pada hujung minggu.
Bila ade je kenduri or pape rancangan, jawabnye tergendalah kerja.
Mula lah kain baju menimbun, mainan anak berselerak..eh mcm2 lagi lah.

Bukan xboleh kemas pada hari biasa, cumanya ntahla sekarang malas dah melanda.hehe
Bila tiap2 hujung minggu ade je aktiviti, yang tergendala tu semakin menimbun dengan timbunan kemalasan.
Ha akibatnye rumah dah xterurus. Baru  anak sorang tu, mcm mane lah anak ramai nanti.

Semalam mata ni dah xleh tgk dah bilik Hudamani.
Angkara si anak dan si ibu bapak.hee
Lupe nk ambil gambar sblum selepas.isyh..!!~
nnti sy up cerita lg ye.pening buat tender.

Till then,daaaa

Thursday, September 19, 2013

Cerita semalam

Assalam..

Balik kje semalam terus panaskan air, keluarkan ayam yg dah membeku nak masak.
Slalunye Hudamani time2 nilah mase utk dia beradu. Senang sikit kerja mak nak oi.
Buat susu, bentang toto,bukakkan Upin Ipin.
Adelah dlm seploh minit dok kt dapor, apsal senyap jer ni,gi depan tgk Hudamani dah mamai nk tido.suka...!!
Xdelah drama ptg smalam.kalu x habis dok melekat je xmo turun.dari msk sejam jadi berejam2.

Zul balik, kami mkn laki bini. Hudamani tido xmensedarkan diri..pikirkan semalam Hudamani akan terus tido sampai sok paginye..hermmm..x jugak.pukul 11mlm dia leh bgun.
Nasib baik dah set minda. pasti anak kecik ni akan bangkit sekejap lg.

Sambil2 Zul tgk movie cite Sharknado, nilah masanya utk ke 'studio' ku.hihi
Dapatlah siapkan 2helai langsir..masih pending juga tu..Malam ni kalo sempat sambung kain, sok leh la psg.
hailah badan, awatlah hang lambat sungguh dok mensiapkan langsir bodo tu.
Ala xpe, leh pkai masa Raya Haji nnti.ishy..

Apa dok merapu ni..ntahla, melayan jiwa nan lara.
Ha dua tiga minggu ni dok ratib kt blog kak Rehan ni..
Ayat punya lah best.kekadang dr bosan hilang bosan dok bace crite merapu beliau..
Tahniah dpt baby girl. comei..

ok la, daa..~!

Tuesday, May 28, 2013

thedailyroutine : step #4 simple wardrobe

Assalam & hi..

Hari ni mcm nk share byk sikit, so sy up this entry.
This is my "wardrobe".
Ahahaha... sgtlah simple.




Kami belum punya kewangan yg kukuh, tp sy ttp idamkan wardorbe mcm Kak Faezah.
So sy hanya gunakan almari yg mengikut bajet kami utk merealisasikan impian ini.
Wah ayat.
Dibahagian ini, sy akan pastikan baju yg telah kering dilipat, dimasukkan ke dlm almari.
Masih belum buat apa-apa project disini.



Sila abaikan beg plastik hitam tu ye.
Stelah siap di iron, baju akan sy sangkut disitu.
Rak tu pula tmpt sy simpan segala tudung, tuala dan segala mcm bende yg dari kain.hish ayat..




Hanya ni je sy smpat snap.
Almari sy. Ni bhgian baju kurung[kerja + kenduri]
Disebabkan almari kami kecil, baju pula byk, nk hanger mmg xcukup ruang.
Jadi sy jumpa di Daiso.
Nak beli kt Ikea, jauh sgt. ni jela yg senang.
Agak praktikal.mudah dan senang.

Sy jenis suka melipat baju.maybe sbb dah terikut mama.
Suami pula suka bajunya disangkut.
Actually, kerja semakin mudah. tp xtau nape dr dulu smpai skrg suka melipat.
Ada masa sy share pula cara sy susun baju ye.

#cer share ..


thedailyroutine : step #3 toilet

Assalam & hi..

Hampir nak kepenghujung May, tp dailyroutine xabes lg.
Herm maaf atas kelewatan. Terlalu busy smpai xsempat nk post entry.
Hanya boleh singgah dan baca post2 terbaru kalian.
Sihat? Rindunye kat kalian smua..!!

Hanya 2 post ttg dailyroutine. 
Masih nak share ni, ade sesapa sudi membaca? hihi..ade ke :(

Utk step ke3, saya memilih toilet!!~
Toilet adalah tmpat yg paling saya xpndang mudah.
Toilet perlu dijaga rapi supaya kita selesa menggunakannya.

Rumah kami mempunyai 2 toilet.
Sama seperti rumah lain, 1 dlm master bedroom, dan 1 lg di dapur.
Toilet 1 [utk dlm masterbedroom] & toilet 2 [di dapur]

Toilet 1 
Selalunya kami gunakan toilet ini setiap hari.
Kerana rasa mudah sgt.
Xselalu tetamu yg dtg kami kasi guna toilet kami ni.
Hanya diberi kelonggaran kepada mama dan mak. 
Sakit kaki mana boleh guna yg cngkung kan :)

Toilet 2
Paling tidak suami lah slalu guna toilet.
Toilet ni officially utk tetamu.

Kedua-dua toilet ni sy jaga dgn elok.
Tp disebabkan sy ni kasar sgt, smpai flush dlm Toilet 1 rosak sbb flush dia susah sgt.hihi
Masih belum ada gmbr sbb ade sedikit project sy buat disini.
Maaf lah ye kengkawan.

nanti da siap sy tepek gambo..


Wednesday, May 8, 2013

thedailyroutine : step #2 ruang tamu

Assalam & hi,

Lama rasanya tak update di sini. 
Maaf, terlalu sibuk dgn kerja & aktiviti harian yg sangat padat.

Da masuk minggu ke2 di bulan Mei.
Terima kasih pada blogger Kak Fiza [Susunatur Sioca] & Kak Lynd [Hidupku Rumahku Terurus] yg sangat menyokong blog xseberapa ni.
Alhamdulillah..

Baiklah, tanpa membuang masa, apakata saya tunjukkan pula ruang tamu saya yg xlah lawo sgt ni.
Ruang tamu saya sgt simple dan kecil.
Masih kurang deko-deko tp dimata saya cukuplah utk waktu ini.

Ruang tamu haruslah kemas dan bersih supaya kami dpt duduk tgk tv dlm keadaan aman.hihi.
Kadang2 bersepah juga dgn mainan Hudamani. Yang penting, sudah main zasss mama kemas.

Dua tahun kami tinggal disini masih blm ramai tetamu melainkan bila ada kenduri & majlis2 kecil.
Tapi saya tetap siap sedia mana tahu ada tetamu yg suke dok terjah2 :)

Bukanlah sukar utk mengemas ruang yg kecil ini. Tetapi disebabkan rumah kami yg 'senang' sgt ade habuk ni membuatkan kadang-kadang penat juga nak mengemas.

Hanya gambar dibawah ni yg sempat sy snap. [bukanlah pro bab snap gmbr ni]

Sebelum :

Actually, byk kali saya ubah kedudukan sofa.
Suka kedudukan sofa waktu ni, tp disebabkan saya jenis yg cepat bosan dengan kedudukan yg sama.






Tv kotak saja. Dari rumah mama. masih baik & besar juga. 
Belum terfikir nak tukar pd yg nipis.



View dari dapur. 
Sebelum ni kedudukan sofa adalah L, sekarang
*
*
*
Selepas :



Nampak luas tp cm xberapa nak cun la.
Sofa kecik tu Hudamani punye. Jangan sapa duduk, marah uih..




Jeng..jeng..jeng...
Ape yg bezanya dari gmbr sebelum...cer teka..
Meja almari dah bertukar..
Ni pon lama punye survey..ada cerita disebalik ini..
Nampak macam kosongkan.




Maaf gambar xbrape jelas.
Bila dah jadi isteri dan ibu, minat makin mendalam pada bunga.
Waktu anak dara dlu xde plak suka ni sume.
Tapi daku bukanlah seorang penggubah bunga yg pro.
Sekadar sedap mata memandang sahaja.
Bunga orked tu lama saya 'usha' tapi rasa mhl plak sebatang.
Skali ada sale kt tesco, tag kuning, jatuh 1 enam posen. Apalagi...


Ni sebelah tv. hihi.
ni la nama rumah kami..
Amylieya's residence order di creative by two.
suka x..
Disebabkan permukaan ini putih, perlu dititikberatkan ttg habuk.
Kena sentiasa lap.




Dibahagian ni, saya perlu pastikan sentiasa bersih dari sebarang bende 'asing'.
Kunci perlu digantung ditempatnya.

Selepas sibuk mengemas didapur, saya akan ke sini pula untuk pastikan tiada sebarang smpah kecil atau mainan Hudamani yg tercicir.
Selalunya saya buat sebelum nak pergi kerja.
Bila balik kerja, dgn keadaan penat, buka saja pintu...
Hilang penat tgk rumah dlm keadaan bersih..

Setiap sabtu, saya akan jemur tikar buluh tu dan vacuum serta mop.
Mop selalunye seminggu sekali.

Kamu pula mcm mana ye?

#bila pula lah saya nak 
share utk step seterusnya...

Thursday, May 2, 2013

thedailyroutine : step #1 kitchen

Assalam & hi semua,

Seperti yg dikatakan, Mei ini saya nak kongsi tentang rutin harian saya.
Agak kelakarkan? Tapi saya nak share juga disini. Lebih kurang kitchen tour gak lah.
Cara saya untuk kekalkan kebersihan dan kekemasan bermula di dapur.
Inilah dapur saya. Sangat simple & budget.
Alhamdulillah masuk saja rumah ini, kami buat kabinet ini dlu.tanpa pintu.:) kak Fiza, ni lah dapur saya



Setiap pagi, aktiviti saya bermula disini. Jadi untuk step pertama ni saya pilih dapur.
Setiap malam sebelum tidur, saya akan pastikan 15min habis disini. 
Saya akan bersihkan dapur, dinding dibelakang dapur dan juga keseluruhan atas permukaan kabinet ini. 
Rumah saya sgt sensitif. Banyak sgt semut.Kalau tidak dilap, confirm esok pg semut buat penempatannya.



See, warna kabinet saya. hihi. Agak sukar nk pastikan kekotorankan. Suka.
Saya akan gunakan serai wangi utk lap kawasan ini. Selesai masalah.



Pintu kabinet ni kami akan pasang bila cukup budget. Nanti saya kongsi apa yg ada didalamnya. 




Almari kiri tu, pantry kecilku. Ni versi budget ciput punye.






Sink, saya akan pastikan sentiasa kosong selepas pinggan mangkuk kering. 
Serabut bila tgk bnyk brg.


Ruang makan pula, kecil tp selesa buat kami.
Kawasan ini juga saya akan clearkan sebelum saya tidur.
Lebihan makanan saya simpan dlm peti sejuk. tp selalunya jarang simpan sbb masak ngam-ngam utk siang & malam.


Ni antara ruang kegemaran suami. 
Bila dah beres segalanya, ni lah tempat kami berehat selain dr ruang tamu.
Hihi sgt simple, janji dapurku kemas, bersih serta tersusun rapi..

Kebanyakkan barangan di dapur ini saya recycle dr rumah mama saya.
Bila dah berkeluarga, saya menjadi org yg kreatif. Yg bagaimanakah itu,?
Yelah, byk brg yg tercabut pintu, kaki dah senget. tp dpt kat saya, saya betulkan semula dan cat.

Hihi, malu sbnarnya. tapi saya postkan juga dlm blog ni utk saya simpan dan bila ade perubahan boleh saya refer di sini.

Oklah, sampai jumpa lg. utk step #2 pula. 

bye.


Tuesday, April 30, 2013

The Daily Routine Activities

Assalam & hi,



Esok Mei..!!~
Jadinya saya ingin kongsikan bersama anda bagaimana cara saya mengekalkan kebersihan, kekemasan susunatur dirumah.
Aktiviti ini akan kekal sepanjang bulan Mei.
Setiap minggu saya akan update disini utk setiap step yg saya kongsikan.
Harap bermanfaat juga untuk semua.


till then~









Rutin Harianku





Assalam & hi,

Saya bekerja.
Jadi masa sgt padat.
Memandangkan usia perkahwinan masuk tahun ke2/anak masih sorang + 1tahun/masih baru utk hal2 ini[alasankah ini?]
so saya mengambil masa yg agak lama untuk menyesuaikan diri. Masih belum pro lg seperti mama yg boleh buat segalanya dalam satu masa.

Bila dah berkeluarga & menjadi ibu nilah baru rasa diri ini boleh melakukannya.
Contohnye, kalau dulu masa belum ada anak, mandi ambil masa 1/2 jam hihi.. Bila ada anak, 10min pon xsmpai.
Kiranya anak ni membantu kita menjadi lebih cekap & pantas.hihi~
Menjadi ibu ni membuatkan kita lebih peka dgn sekeliling.
Contohnya, sentiasa ingin memastikan yg anak kita berada dlm keadaan bersih & selesa.
Adakah ini MEMANG ada pada setiap ibu? Saya rasa ya.


Oklah, ini rutin harian saya.
Seawal 6pg saya akan bangun bersiap & siapkan keperluan suami..[gosok baju,siapkan pakaian,stokin & ...]
Alhamdulillah suami saya bukan jenis bersarapan. Jimat masa disitu..
Siapkan brg Hudamani dan vroom ke rumah mama..

Actually tempat kerja xlah jauh mana, 5 min pon leh smpai.
Tapi disebabkan perlu hantar Hudamani, jadi ambil masa 1/2jam utk patah balik ke tempat kerja.

Jam 6ptg, balik krja dan vroom ke rumah mama ambil Hudamani..
Potpet potpet, pkul 7 bru sampai rumah.
Keluarkan bahan yg ingin dimasak dr peti sejuk, then bersihkan diri.
Siapkan keperluan Hudamani[which is tukar pampers, buat susu & kunyah2]
Dan ape lg, berketuntang lah saya didapur.

Suami saya xtentu masa kerjanya, jadi bila dia kerja pagi, balik pon dah pkul 9mlm (lbh kuranglah), so ada masa untuk saya siapkan mkn malam.
Siap semuanya, kemas2 sikit rumah.


Setiap malam saya akan pastikan yg saya perlu menyapu. Rumah saya jenis yg cepat berhabuk. Uih letih btol, lg2 tile warna putih. Lebih2 lagi Hudamani ni jenis pengutip.


Untuk waktu ni, rutin menggosok baju saya bergantung pada kerajinan saya. Selalunya setiap 3 hari saya akan menggosok, tp kalau smpai time malas, pagi2 baru menggosok. Ikut mana yg saya mampu. Tapi akan saya praktikkan mengikut sistem yg sy sedang siapkan nnti..insyallah..





Membasuh selalunya saya lakukan setiap 2hari. Kekadang setiap hari ikut kerajinan & kuantiti baju. Selalunya jika suami kerja petang, dialah selalu menolong saya.Alhamdulillah, kurang beban saya :) Melipat pula sgtlah ikut mood, selalunya akan lipat selepas Hudamani tidur. Almaklumlah sikecik tu mmg akan punggah apa yg saya dah lipat.





to be continue...