Followers

Wednesday, September 24, 2014

Saya Keguguran

Assalammualaikum..

Lama menghilang..
Maaf tiada post baru sepanjang beberapa bulan menghilang.
31hb Ogos haritu, saya keguguran ank kedua kami.Masih baru. 11minggu..

Allah sedang uji kami.uji saya dan rumahtangga saya.
Doakan saya dapat melepasi ujian ini.
Allah lebih tahu segalanya.
Mungkin ada yg lebih baik selepas ini.

2 minggu berpantang, dah kembali bekerja.
Bila dah dpt semangat,insyallah saya akan up entry ya..

Till then,

Lydia.

Thursday, July 3, 2014

Dapur Part II

Assalammualaikum & Salam Ramadhan.

Sambungan cerita lepas..

Kita minta mereka dtg pasang hari bekerja since byk tmpt dia nk g pasang dlm 1 hari.
Ramai org buat dgn mereka ni.
Mereka dtg pkul 9pg,zas zap zup, pkul 1tghari siap.
Fyi,Saya cuma tambah kabinet atas dan pintu kabinet. Table top mmg dah siap buat dlu masa nk masuk rumah.

Ni masa brg sampai. Masa ni sy di office, Zul yg snapkan gambar2 ni. Saya ikuti progress pemasangan through whatsApp ajer.


Ohh rindu lak kt dapur lama.masa buat table top dulu memang tak tebuk untuk dapur tanam. Guna dapur biasa aje.bila skrg nk buat rasanya kos agak tinggi sebab nk kena tebuk, tile nk kena tukar.
So saya decide tak perlu tebuk apa-apa. Guna saja dapur biasa.ok jek kan.


Pemasangan laci dan pintu kabinet.

Sila abaikan segala keserabutan di situ. Untuk bahagian atas, saya tambah 2 ruang untuk letak oven dan microwave. senang kerja.
Kalau sebelum ni, hanya letak microwave di atas kabinet. Oven saya letak di bilik belakang. Bila nak baking mmg payah sbb kena berulang alik ke dlm bilik.

Oh ye, tukang pasang cina ye.tp Alhamdulillah bersih dan kemas. 

Bagi saya kemas cara mereka ni. siap sikit, sapu. siap pasang sikit sapu.Habuk pun kurang. 

Masa saya sampai mereka dah siap pasang. Siap kemas dah. Saya memang berpuas hati dengan mereka. Cara kerja mereka terbaik.!! hihi.

Oklah kan warnanya. maybe kurang match dgn table top tapi oklah kan.hitam itu menawan. senang nk match dgn yg lain bila ade project nnti.

Sedikit info tentang kabinet saya.
Facebook contractor : HF Home Deco
Material : Formica + Aluminium [ Black ]
Harga : Mampu milik. boleh email saya jika nak tahu harga. Maaf harga sulit nk cerita disini.hee

Ni lah gambar yang buat saya teruja nak tanya sebut harga dengan En Akhbar ni. Plan asal memang nk warna merah. Tapi bila tgk table top saya warna coklat kayu, batalkan hasrat tu. Pilih warna selamat aje.
Kitchen hood saya belum pasang lagi. Insyallah kalau ada duit lebih nak pasang juga. rasa panas sikit bila memasak. Lagi warna hitam kan.

Bentuk lebih kurang. tp lain sikitlah kan.
Wishlist #2 : DONE.
Wishlist #1 akan datang la. nak ke ikea xtahu bila. jika dipermudahkan Insyallah lengkaplah dapur idaman saya.

Ni pemilihan warna yang mereka kasi. Pilih lah mana2 dalam buku ni. tp tetap berkenan dgn solid colour.


Saya beri 5star pada HF Home Decor. nanti jemput jenguk FB mereka. 
Buat masa ini, rasanya cukup dulu untuk cerita kali ini. Saya kekeringan idea nk bercerita sebenarnya. Boleh ajukan soalan atau apa sahaja di sini atau di email saya : lydia_natasha88@yahoo.com In Shaa ALLAH saya cuba membalas secepat yg mungkin.

Segala isi rumah saya hanyalah biasa-biasa saja. Kami lebih mementingkan kualiti. Tak semestinya mahal barang tersebut ada kualiti, kadang-kadang yang murah juga berkualiti. Jika ada baca post2 saya yang lepas, banyak isi rumah kami di "recycle" barang2 yg masih elok dari rumah family kami. Kami sederhana saja. 

Salam Ramadhan buat rakan-rakan blogger. Jika ada kelapangan In Shaa ALLAH saya akan share lebih tentang tips,idea dekorasi kepada anda. Maaf juga jika tak sempat terjah blog2 anda, tak tinggal komen. Saya lebih pada silent reader. Saya cuba untuk aktif berkomen selepas ini :) 

Till Then.

Lydia.

Tuesday, July 1, 2014

Dapur Part I

Assalam & hi.
[lama dok berkubang dlm draft,baru sempat nk post rini]

Maaflah post yg lepas tak dapat nak cerita panjang lebar.
KC siap sepenuhnya awal bulan haritu. Tapi sampai sekarang tak habis berkemas.
Byk tempat cari untuk buat KC ni, lagi2 nak dptkan harga ikut bajet ciput kami TAPI puas hati.
Susah woo.
Almaklumlah saya bukan org yg senang2 nak labur & leburkan duit pada satu2 bende tu tanpa memikirkan byk hal dlm satu masa.eh cmne tu.phm x.hihi
Tapi disebabkan lama tabletop saya pkai skirt so sy cuba ajukan soalan pd Zul samada boleh x masuk tahun ke3 ni dapur kami ade perubahan. proposal dah approved cuma nk mencari agak sukar.
Area Melaka ni banyak tp bkn semua tempat leh kami survey.
Ade yg kasi idea survey di expo, tp saya xlrt nk terjah.hehe

Dipendekkan cerita, search kt fb, terjumpa fb kontraktor ni.
Amek mase seminggu gk la nk habiskan tgk segala cara mereka bekerja.
Agak kemas dan bersih.
Hasil pon not bad, harga pon boleh runding.
Kontraktor melayu.

Sebelum ni, banyak saya review di blog2, kebanyakkan tuan rumah mesti akan complaint bile siap je cabinet or other parts yg dorang reno tu.
Kedudukan salahlah,
Itu x ok lah, ini x kenalah..
So saya pon takut jadi begitu.

Risau, walaupun bajet sgtlah rendah, tp tetap duit.ingat senang nk keluarkan duit dgn tangan terketar2 nk membayor tp hasil xmcm kita ingini.Maaflah saya memang begitu. Rasanya anda juga begitu kan?

Saya doa banyak2, minta Allah swt permudahkan segala proses untuk buat dapur ni.
Saya niat jika segalanya baik, Allah akan tolong kita buat keputusan. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.
Ade sebelum ni, saya ade tnye pada 1 company ni, tp mcm nk xnk lyn, jadi bukanlah rezki kami nk buat kc dgn mereka.tapi xpe, saya sgt bersyukur bertemu dengan kontraktor ni.

Bila call, tetapkan tarikh untuk dtg ukur. dpt sebut harga then kasi kami masa sama ada nk trus proceed order.
Segalanya dipermudahkan, tak ade dah nk survey2 tempat lain terus on dgn En Akhbar ni. Hati saya tetap risau, tp saya tahu jika segalanya baik, niat kita baik, mereka pon mesti ok :)

Bila kami proceed order, mereka akan dtg sekali lg untuk dptkan ukuran yg tepat dan design yg saya inginkan.Dah siap ukur, dah pilih materialnye, warna apa, then dia lakarkan design.



Kami buat payment akhir bulan May, dan mereka janjikan dlm 10hb Jun brg siap.Tapi dlm 2hb dah call kami ckp bila boleh dtg pasang. tgk betapa cepat dan efisiennye mereka. hehe.ni saya suka.


Part II,  till then..

Lydia.

Monday, June 16, 2014

Dapur lama nampak baru.

Assalammualaikum..

Beberapa minggu lepas Lya ade share kt sini tentang wishlist.
So harini nk share impian yg dah direalisasikan. eh!!~
Syukur Alhamdulillah..hasil kumpul2 dan bersabar, akhirnya dapatlah sebuah dapur idaman.

abaikan segala yg berselerak.
Ni masa baru je siap. Alhamdulillah.
Dari pemilihan kontraktor,jenis,warna sampailah isu kewangan semua berjalan lancar.
Terima kasih Ya Allah. segalanya dipermudahkan.
Terima kasih juga buat Zul sebab layan kerenah saya.

Dapur saya sebelum ni saya ade cerita disini..
Bila ada masa saya cerita dari mula ya. sekarang masih sibuk dengan kerja.


Till then,

Lydia.

Tuesday, May 27, 2014

# random photo

Assalammualaikum...
Sejuk je pg2 ni.

Meh layan gamba ni.

Cer teka..

Till then, Lydia~

Monday, May 26, 2014

Bunga oh bunga

Assalammualaikum..

Lya minat bunga.tp tangan panas (actually mls nk siram,terlupalah,) banyak alasankan.
Bila lalu rumah org,jiran tetangga, tgk cantik bunga mekar ditaman.
Masa masuk rumah dlu ade gk beli bunga, tp disebabkan kemalasan, kesian pokok tu mati.
Suami beli lg, tp kali ni yg x berbunga.senang sket.
Bila busy, lupalah nk menyiram pokok.lg2 masa kemarau tu dengan tuan tanah kemarau.Kesian sgt.kering je.

Baru2 ni, minat nk cantikkan taman kembali.
Laman belakang rumah tu dah xde pokok dah.yg hanya bertahan cactus 1 pasu tu je.
Terjumpa member kt fb, post bunga ros jepun.
Comei sgt.
Beli ngan member,pg ni die hantar gambar,bunga dah mekar.suka..!!~





1 pasu ade dlm 3 jenis bunga.oklah tu permulaan, bila dah pndai tanam nnti,makin banyaklah.
Pasni adelah projek mencantikkan taman.haish xsabar.

Till then, lydia~

Monday, May 19, 2014

#New Wish list

Assalammualaikum..
Monday blues? sikit lah eak.

Bru sudah meeting tergempar.herm..mcm2 hal.
Cool down. sabar Lydia.

Tenangkan hati, fikir benda2 yg positive, yg menenangkan.
Ha, nk share sket lah, i have a new wish list.!!!~
Mood happy sgt2.harap2 segala yg dirancang dipermudahkan.
Lagi2 ni dah bulan May, tup tap tup tap dah nk Ramadhan dah kan.

~New wish list~

# ENJE roller blind IKEA
sumber kak aty
# kitchen cabinet

sumber : google
Minta dipermudahkan segalanya.

Till then, Lydia.

Friday, April 25, 2014

Hijrah..

Assalammualaikum.

Semasa sedang menulis entri ini, hati terdetik, bilakah masa yg sesuai untuk berhijrah. Masanya adalah sekarang..!!
Masa semakin pantas.
Telah banyak tanda-tanda kecil.
Diri ini penuh dgn dosa yg sengaja dibuat mahupun yg tidak disengajakan.

Malu dengan diri. Lebih lagi bila sudah punya suami & anak.
Ah..!! perlu berubah sekarang.
Tapi bagaimana caranya. 
Berubah perlukan masa untuk menyesuaikan diri.
Berubah perlahan-lahan.
Perlu istiqamah dengan cara pemakaian..pertuturan...adab..

Berhijrah perlukan hati yg sangat cekal, kental dan berpendirian.
Bukan hijrah sekejap-sekejap.
Bukan sekadar pemakaian, perlu ada ilmu untuk diamalkan.


Bagi Lya, pertama yg perlu diambil perhatian adalah SOLAT kita.
Sebelum ni, sembahyang tak diawal waktu, ambil mudah utk bersolat.
Sekarang, kena tegas bila masuk waktu trus solat. itu wajib..!! 
[peringatan buat diri sendiri..]

AURAT.
Selepas bersalin, pemakaian sedikit berubah. 
Masih berseluar jeans.Longgar.
Lepas ni nak try pkai skirt labuh / palazo.
Baju longgar,bawah punggung, tudung dah tutup dada.

Ade mase, terbabas juga.
Bila dirumah, nak g angkat baju, buang sampah, rambut masih tak tutup.
Aurat dah ternampak dah tu.Yang itu perlu saya ubah.
Dari xbrtutup kepada sentiasa bertutup bila keluar even depan rumah.

Yang belum Lya terapkan stokin dan handsock.
Sedikit demi sedikit mungkin. 
Kalau dlm masa singkat segalanya berubah, takut hanya sementara.


# Berharap agar terus berubah dan sentiasa istiqamah untuk diri & keluaga kecil kami. Aminn.

Friday, March 28, 2014

Share link.

Assalam semua.

Sihat?
Lately busy sgt dgn birthday Hudamani + kenduri kawen cousin.
Tak sempat sngat nk update project terkini. Insyallah dlm masa terdekat ni.
Sabtu ahad jela masa yg ade utk mengemas + do some project. tp bile dah termissed 1 hari jwbnye mmg pending jela segala kerja.
Rasenya kalau lya postkan gmbr rumah Lya skrg mmg semua terkejut kot.sgt xde hale tuju.
Dgn Hudamani sepah sane sini lg. So esok, adalah masa yg paling sesuai utk home cleaning + organizing projects. yahoooo..!!~

Lya nk share something yg slalu Lya tgk kt youtube.

 youtube - clean my space

korang tgk ea nnti.mybe ade yg dah tahu and ade gk yg xtau kot.so same2 lah kite share kan.hihi.

ok la, nanti crite lg. Salam Jumaat.
daaa..

Wednesday, March 5, 2014

Bila kerja rumah tergendala

Assalammualaikum..

Pernah rasa macam ni.?
Saya slalu rase.hehe.
Penat rasenye nk mengemas rumah. Lagi2 dalam keadaan keletihan bekerja.
Selalunye masa mengemas hanyalah pada hujung minggu.
Bila ade je kenduri or pape rancangan, jawabnye tergendalah kerja.
Mula lah kain baju menimbun, mainan anak berselerak..eh mcm2 lagi lah.

Bukan xboleh kemas pada hari biasa, cumanya ntahla sekarang malas dah melanda.hehe
Bila tiap2 hujung minggu ade je aktiviti, yang tergendala tu semakin menimbun dengan timbunan kemalasan.
Ha akibatnye rumah dah xterurus. Baru  anak sorang tu, mcm mane lah anak ramai nanti.

Semalam mata ni dah xleh tgk dah bilik Hudamani.
Angkara si anak dan si ibu bapak.hee
Lupe nk ambil gambar sblum selepas.isyh..!!~
nnti sy up cerita lg ye.pening buat tender.

Till then,daaaa

Friday, January 24, 2014

Drawers organizer

Asssalam semua.

Salam Jumaat.
Progress utk tempat santai masih 0.
Masih mencari pokok yg sesuai nk dibeli.
Maklumlah sy ni selalu busy.

Oh ye,,dah lame rasenye mencari drawer mcm kt bwh ni.
Terjumpa lak pg ni.


Drawer tu sy nk letak dlm almari sy ni.
Lebih menyenangkan nk letak bju2. buat masa ni segala baju yg dilipat sy tindih2 aja. 
Lebih kurangla mcm wardrobe. tp versi bajet murah punya.hihi.
Kotla sesapa tau kt mane leh dptkan drawer tu kan.


Till then korang... :)

Thursday, January 16, 2014

mencari idea..

Assalam & hi..

Dah lama kami pasang impian nk tambah owning/roofing kt dpn rumah.
Dari masuk rumah lg.tp masa tu sy sdg pregnant & byk duit nk pkai masa tu.
So kami hold dlu dan tambah brg2 dlm rumah sikit2.
Rumah kami ni besar (xde la bsr sgt.tp pd kami dah cukup bsr dh) keluasan xingat.hehe

Untuk bhgian depan rumah ada la sket sekakang kera tanah, tp Zul biaselah xleh tgk semak2 ni.terus die lepa simen.haish xde la taman mini yg sy idam tu.haha.

Untuk bahagian blkg rumah pula adelah lebih kurang 2-3 kaki luas.
Alhamdulillah.
Untuk perancangan masa depan, leh la tmbh blkg tu.jika kami mampu :)

Seperti post2 yg lepas, rumah sy sgtlah sederhana. 
Lebih kepada kitar semula. yelah, xsemua org berduit.jadi untuk masa skrg, ini yg kami mampu.
Asalkan sedap mata kami memandang.

Hasil kumpul duit kami, awal bulan haritu kami survey2 awning.
Dan syukur, segalanye berjalan dgn lancar.
Sangat berpuas hati.

Sebelum ade awning, Zul letak meja ni kt dpn.kiranya tempat minum petang/ mber2 die dtg leh lepak situ.
So bila dah ade awning ni, meja tu beralih di blkg rumah.
Rumah dikawasan sawah, so ptg2 berangin je.


buat masa ni je pokok yg ade.


Sekarang ni sy sedang plan nk mencantikkan 'taman mini' sy ni. 
Masih survey2. nak melaksanakannye tu xtau bile.
Mesti tau pokok bunga ape yg sesuai untuk org mcm kami,busy memanjang ni.
Saya xmahu terlalu sarat dgn bunga.cukup sekadar menghias dan sedap mata memandang.

Untuk permulaan kata 2014 ni, nilah projek terbaru saya.
jika ade sesiapa yg ade idea leh share.mungkin idea anda superb.

Till then..Lydia.